Community Info
  • tracker
    eXTReMe Tracker
  • Date
    Community Menu
  • STAFF ACTIVITIES
  • Autodesk Revit Seminar - Terengganu
    General Links
  • PAM - Malaysian Institute of Architects
  • LAM - Board of Architects Malaysia
  • WORLD ARCHITECTURE NEWS
    Information
    Community Login
  • Login Description
    Enter your user ID and password here:
  • Login Box
    User ID :
    Password :
     
    Events
  • Calendar
         May 2024     
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
       1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031 
           
  • Event List
    News
  • PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK

    Written by admin@kp88sb.com

    Sun, 03 Aug 2008

    Home    »Bahasa Malaysia
       »English
    Bajet Percukaian Ekonomi Pekeliling Perkhidmatan Profil Pinjaman Perumahan Piagam Pelanggan
     
     
     
     
    Perkhidmatan Atas Talian
     
    Aduan Bayaran Lewat
    Sistem Maklumat Perunding
    Carian Pekeliling
    ePerolehan
    Pendaftaran Syarikat
    e-Filing (LHDN)
    Semakan Baki Pinjaman
    Semak Status Mohon Pinjaman
    Pengiraan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman
    Pengiraan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Kedua
     
    Borang Muat Turun
     
    Bahagian Analisa Cukai
    Bahagian Dasar Saraan Wang Awam Dan Khidmat Pengurusan
    Jabatan Akauntan Negara
    Pinjaman Perumahan
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Lembaga Hasil Dalam Negeri
    Bank Negara Malaysia
    Tribunal Rayuan Kastam
     
    Dokumen & Penerbitan
     
    Institusi Kewangan Yang Diluluskan Bagi Menerima Deposit Daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan
    Surat Pekeliling Perbendaharaan Berkaitan Perolehan Kerajaan Yang Masih Berkuatkuasa
    Ucapan Belanjawan
    Surat Arahan Perbendaharaan
    Insentif Cukai Menurut Undang-Undang
    Insentif Cukai Menurut Sektor
    Laporan Ekonomi
    Perlembagaan & Akta
     
    Info Perhubungan
     
    Bahagian-Bahagian Perbendaharaan
    Senarai Emel & Tel
    Pertanyaan
    Pautan
    Soalan Lazim
    Peta Laman
     
    Media Dan Galeri
     
    Isu Semasa Khas
    60 Minit Bersama Menteri ( Tan Sri Nor Mohamed Yakcop )
    Ucapan Menteri
    Lagu Kementerian Kewangan
     
     
    "Sindikasi Maklumat Terkini Perbendaharaan Malaysia"

    Maklumat Mengenai RSS

    rssreader
    Muat Turun RSS Reader (Jika Perlu)


    rss

     
     
     
     
    Cari: Salah Satu Semua  
     
       Laman Utama > Pekeliling > Surat Pekeliling Perbendaharaan
     
      Surat Pekeliling Perbendaharaan
     
    Acrobat(PDF)   Format Pencetak
     
     
     

    KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

    SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2008
    (PINDAAN KEDUA KEPADA SPP BIL. 14 TAHUN 1991 -
    PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA)


    Semua Ketua Setiausaha Kementerian
    Semua Ketua Jabatan Persekutuan
    Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
    Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
    Semua Pihak Berkuasa Tempatan


    PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK
    KERJA BERIKUTAN PEMANSUHAN HARGA SILING BESI KELULI


    TUJUAN

    Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai kaedah pengiraan perubahan harga (variation of price) di dalam kontrak kerja berikutan pemansuhan harga siling besi keluli berkuat kuasa mulai 12 Mei 2008.

    LATAR BELAKANG

    2. SPP Bil. 14 Tahun 1991 mengenai Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga Di Dalam Kontrak Kerja telah menetapkan syarat perubahan harga untuk Kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Kerja-kerja Binaan Bangunan.  Syarat perubahan harga ini hanya diperuntukkan kepada kontrak secara konvensional dan tidak terpakai bagi kontrak secara reka dan bina.

    3. Bagi Kerja-kerja Kejuruteraan Awam, perubahan harga dibenarkan untuk lima (5) jenis bahan (termasuk besi keluli) berdasarkan perbezaan harga unit bahan bagi setiap bahan tersebut. Harga Unit Bahan Binaan adalah seperti dalam Siaran Khas 1 Jabatan Perangkaan.  Bagi Kerja-kerja Binaan Bangunan, perubahan harga dibenarkan berdasarkan perubahan indeks kos bagi lima belas (15) jenis bahan (termasuk besi keluli).  Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan adalah seperti dalam Siaran Khas 2 Jabatan Perangkaan.

    4. Selaras dengan keputusan Kerajaan memansuhkan harga siling bagi besi keluli yang berkuat kuasa mulai 12 Mei 2008, Kerajaan telah memutuskan kaedah baru untuk pengiraan perubahan harga yang terpakai bagi kontrak berikut:

    (i) kontrak secara konvensional yang sedang dalam pelaksanaan pada 12 Mei 2008;

    (ii) kontrak secara konvensional yang baru di mana tarikh tutup tender atau harga rundingan dimuktamadkan oleh pihak berkuasa melulus pada/selepas 12 Mei 2008; dan

    (iii) kontrak secara reka dan bina yang baru di mana tarikh tutup tender atau harga rundingan dimuktamadkan oleh pihak berkuasa melulus pada/selepas 12 Mei 2008.


    KAEDAH BARU PENGIRAAN PERUBAHAN HARGA

    Kontrak Secara Konvensional

    5. Bagi Kerja-kerja Kejuruteraan Awam, kaedah pengiraan semasa bagi perubahan harga berasaskan harga unit lima (5) jenis bahan dengan menggunakan Siaran Khas 1 Jabatan Perangkaan adalah dikekalkan.

    6. Bagi Kerja-kerja Binaan Bangunan, bahan besi keluli dikeluarkan dari senarai 15 jenis bahan dalam SPP Bil. 14 Tahun 1991.  Perubahan harga bagi empat belas (14) jenis bahan (tidak termasuk besi keluli) masih berasaskan indeks kos manakala perubahan harga bagi besi keluli dikira secara berasingan berasaskan harga unit.  Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan bagi empat belas (14) jenis bahan dan harga unit bagi besi keluli adalah sepertimana dalam Siaran Khas 2 Jabatan Perangkaan.

    Kontrak Secara Reka dan Bina

    7. Peruntukan Syarat Perubahan Harga dibenarkan bagi bahan besi keluli sahaja. Perubahan harga adalah berasaskan perbezaan harga unit bahan tersebut dengan menggunakan kaedah pengiraan yang sama seperti Kerja-kerja Kejuruteraan Awam.  Harga unit besi keluli akan menggunakan Siaran Khas 1 Jabatan Perangkaan bagi Kerja-kerja Kejuruteraan Awam atau Siaran Khas 2 Jabatan Perangkaan bagi Kerja-kerja Binaan Bangunan.

    CARA-CARA PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA

    Kontrak Secara Konvensional Kerja-kerja Kejuruteraan Awam

    8. Dalam menyediakan dokumen tender bagi projek baru, Agensi hendaklah mematuhi peruntukan seperti yang dinyatakan di para 2.2 SPP Bil. 14 Tahun 1991 dengan menggunakan lampiran berikut:

    (i) Lampiran D (Pindaan 2008) - List of Materials Together with Quantities and Basic Unit Prices Subject to Price Variation in Accordance with the Special Provisions to the Conditions of Contract; dan

    (ii) Lampiran F (Pindaan 2008) - Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation of Price).

    9. Bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan di mana kontrak tersebut mengandungi peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak mengenai perubahan harga, tiada apa-apa pindaan perlu dilakukan ke atas dokumen kontrak dan kaedah pengiraan perubahan harga sedia ada diteruskan.

    Kontrak Secara Konvensional Kerja-kerja Binaan Bangunan

    10. Dalam menyediakan dokumen tender bagi projek baru, Agensi hendaklah mematuhi peruntukan seperti yang dinyatakan di para 2.1.2 dan 2.1.3 SPP Bil. 14 Tahun 1991 dengan menggunakan lampiran berikut:

    (i) Lampiran A (Pindaan 2008) - Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation of Price) for Building Works; dan

    (ii) Lampiran C (Pindaan 2008) - List of Building/Work, Their Relevant Categories, Recovery Factors and Base Indices for the Purposes of 'Price Variation' in Accordance with the Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation of Price) for Building Works.

    11. Pelarasan perubahan harga besi keluli bagi projek baru hendaklah         menggunakan kaedah pelaksanaan yang sama seperti yang dijelaskan dalam para 2.2       SPP Bil. 14 Tahun 1991, mengenai syarat perubahan harga untuk Kerja-kerja Kejuruteraan Awam. 

    12. Bagi projek yang sedang dalam pelaksanaan di mana kontrak tersebut mengandungi peruntukan khas kepada syarat-syarat kontrak mengenai perubahan harga, Agensi hendaklah mengikat satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) dengan kontraktor bagi mengambil kira pemakaian kaedah baru perubahan harga mulai 12 Mei 2008.  Contoh format Perjanjian Tambahan adalah seperti di Lampiran H (2008).

    13. Bagi tujuan menentukan perubahan harga besi keluli dan empat belas (14) jenis bahan, Agensi hendaklah mengambil langkah seperti berikut:

    (i) bagi besi keluli, 'Harga Asas' hendaklah ditetapkan berasaskan bulan tender ditutup.  Agensi hendaklah menetapkan kuantiti maksimum yang akan tertakluk kepada kaedah baru perubahan harga. Kuantiti ini dikira berdasarkan baki kuantiti yang akan digunakan selepas 12 Mei 2008; dan

    (ii) bagi 14 jenis bahan, 'indeks Asas' (Base Index) hendaklah berasaskan bulan tender ditutup.

    14. Bagi tujuan menentukan syarat ini dilaksanakan dengan sempurna, peruntukan baru hendaklah dimasukkan untuk dijadikan sebahagian dari dokumen Perjanjian Tambahan dengan menggunakan lampiran berikut:

    (i) Lampiran A(1) (2008) - Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation of Price) for Building Works; dan

    (ii) Lampiran C(1) (2008) - List of Building/Work, Their Relevant Categories, Recovery Factors and Base Indices for the Purposes of 'Price Variation' in Accordance with the Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation of Price) for Building Works.

    Kontrak Secara Reka dan Bina

    15. Syarat perubahan harga bagi besi keluli adalah terpakai bagi kontrak secara reka dan bina yang baru dan akan dibuat berdasarkan perkongsian risiko sama rata (50:50).  Dalam menyediakan dokumen tender Kerja-kerja Kejuruteraan Awam dan Kerja-kerja Binaan Bangunan, Agensi hendaklah mematuhi peruntukan seperti yang dinyatakan di para 2.2 SPP Bil. 14 Tahun 1991 bagi bahan besi keluli dengan menggunakan lampiran berikut:

    (i) Lampiran G (2008) - Special Provisions to the Conditions of Contract (Variation In Price of Steel Reinforcement Bars) for Design and Build Contract.


    KUAT KUASA

    16. SPP ini berkuat kuasa pada 12 Mei 2008 dan hendaklah dibaca bersekali dengan SPP Bil. 14 Tahun 1991 dan Pindaan Pertama Kepada SPP Bil. 14 Tahun 1991.

    17. Memandangkan SPP ini dikeluarkan selepas tarikh kuat kuasa, wujud keadaan di mana pemakaiannya tidak diambil kira dalam dokumen tender bagi projek baru yang dinyatakan di para 4 (ii) dan (iii) di atas.  Dalam keadaan ini, Agensi bolehlah mengambil kira peruntukan yang dinyatakan di para 8, 10, 11 dan 15 di atas (mengikut mana yang berkaitan), dengan mengikat satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) dengan kontraktor.

    PEMBATALAN

    18. Dengan berkuat kuasa SPP ini, para 2.1.1(ii) serta Lampiran A, C, D dan F dalam SPP Bil. 14 Tahun 1991 adalah dibatalkan.

    HAL-HAL LAIN

    19. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai SPP ini, Agensi boleh mendapat keterangan lanjut dengan merujuk kepada:

    Pengarah
    Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
    Jabatan Kerja Raya
    Ibu Pejabat JKR Malaysia
    Tingkat 14, Menara Tun Ismail Mohamed Ali
    No. 25, Jalan Raja Laut
    50350 KUALA LUMPUR
    No. Tel :  03 - 2616 5033/5056
    No. Faks : 03 - 2693 8293/2691 5602

    Sekian, terima kasih.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


    Saya yang menurut perintah,

    drwan tdt 





    (Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah)
    Ketua Setiausaha Perbendaharaan
    Kementerian Kewangan Malaysia.
           
    24 Jun 2008


    s.k. Ketua Setiausaha Negara
           Ketua Audit Negara Malaysia
           Akauntan Negara Malaysia
           Semua Pegawai Kewangan Negeri

     

           
     
     Senarai Lampiran SPP Bil 2 Tahun 2008 (pdf/653.9 KB)
     Harga Seunit Besi Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak (pdf/14287.3 KB)
     Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak (Tanpa Besi) (pdf/6518.9 KB)
     
     
     
     
     
        Laman Utama -  Soalan Lazim -  Hubungi Perbendaharaan -  Pertanyaan -  Mengenai Perbendaharaan -